SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG BELAJAR .HARAP ANDA AKAN MENGETAHUI TENTANG MATAPELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 1.
Thursday, 30 July 2015
Wednesday, 29 July 2015
Tuesday, 28 July 2015
BAB 3 & BAB 4
BAB 3 & BAB 4
BAB 3: SKALA DAN JARAK
Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994
Pengenalan
-Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
-Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah)
-Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.
Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus
Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Cara Mengukur Jarak Lurus
Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.
Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.
Cara Pertama : Jangka Tolok
Cara kedua : Guna Jalur kertas
Cara Mengukur Jarak Melengkung
Jarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan tepi kertas atau sejalur benang.
Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Jalur Kertas
Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang.
Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar
-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.
Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.
BAB 4: GRAF
Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk
Dalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda. Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf 1 di sebelah.
Rajah 1 : Graf Bar Berganda
Graf garisan berganda terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan. Contohnya graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur (rujuk Graf 2 di bawah).
Untuk menghasilkan graf, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
| |
Graf Bar Berganda
|
Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
|
Kaedah melukis graf bar berganda.
Tajuk : Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 200
|
Tahun
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Jumlah
|
2002
|
623
|
434
|
1057
|
2003
|
569
|
456
|
456
|
2004
|
573
|
479
|
1052
|
2005
|
492
|
560
|
1052
|
2006
|
440
|
650
|
1090
|
Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006
Tafsiran
|
Graf Garisan Berganda
|
Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:
|
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.
|
Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.
Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994
Negara
|
1990
|
1991
|
1992
|
1993
|
1994
|
China
|
150
|
120
|
250
|
330
|
350
|
India
|
130
|
80
|
150
|
270
|
250
|
Jepun
|
190
|
220
|
300
|
370
|
450
|
Tafsiran
|
BAB 2:ARAH
Bab 2 ---> Arah

1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.
3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U),timur(T), selatan(S), dan barat(B).
4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah:
(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.
5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.
6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.
7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.
8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.
9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.
BAB 1: KEDUDUKAN
BAB 1: KEDUDUKAN
KEDUDUKAN
1.Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.
2.Kedudukan terdiri daripada dua jenis iaitu
a:Kedudukan relatif
b:Kedudukan mutlak
3:
KEDUDUKAN
1.Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.
2.Kedudukan terdiri daripada dua jenis iaitu
a:Kedudukan relatif
b:Kedudukan mutlak
3:
Subscribe to:
Posts (Atom)